KHAS UNTUK 5SKAA (pqs) dan 4KAA(b. arab) dan 2KAA (b.Arab) - Percutian Emas -

5SKAA
Bahan Latih tubi PQS cuti pertengahan Tahun 2015
soalan objektif dan hafazan surah yasin dan as-sajadah (persedian untuk ujian lisan)
sila download (pdf)  (word)  -mana-mana format yang sesuai ,
print bahan  dan jawab .

4KAA
Bahan Latih tubi Bahasa Arab cuti pertengahan Tahun 2015
soalan seerti dan kata lawan
print bahan  dan jawab .

2KAA
Bahan Latih Tubi Bahasa Arab cuti pertengahan tahun 2015
soalan ungkapan 10 soalan
sila download (pdf)  (word) - ikut format yang sesuai
print dan jawab


selamat menjawab

SOALAN BAHASA ARAB PMR NO. 6

(soalan 6)

  Soalan mengenai kemahiran menulis ayat berdasarkan rangsangan seperti iklan / tiket bas/ kad perkahwinan/carta /graf  dsbnya….
Gunakan rangkai kata atau perkataan yang diberikan.
 Calon diminta untuk membina 5 ayat yang sempurna dan ringkasز

مهرجان الرياضة
المكان : ملعب المدرسة
التاريخ : 14 يناير 2012
الضيف الشرف : مدير إدارة التربية والتعليم
الأنشطة : - سباق الجري وشد الحبل والقفز العالي

1- Bagi soalan berbentuk iklan calon di cadangkan  menulis ayat-ayat  dengan membuang ال    pada perkataan + tajuk utama + isi  .cth:-

1.     هذه المعلومات عن  مهرجان الرياضة
2.   مكان مهرجان الرياضة في ملعب المدرسة
3.   تاريخ  مهرجان الرياضة في 14 يناير 2012
4.   ضيف الشرف  مهرجان الرياضة  مدير إدارة التربية والتعليم
5.    أنشطة مهرجان الرياضة  سباق الجري وشد الحبل والقفز العالي

2-     Bagi maklumat berbentuk carta , antara cara yang dicadangkan seperti berikut:-

1)     هذه المعلومات عن    tajuk maklumat
2)    الأمر الآخر المذكور     isi /maklumat  
3)  توجد في  المعلومات كلمة  isi /maklumat  
4)    مِنْ     isi /maklumat        tajuk     
5)  أحد الأمر في هذه المعلومات      isi /maklumat
6)      isi /maklumat     مِنْ    tajuk
7)     /maklumat      نوع من أنواع      tajuk
8) أنا أحب      isi /maklumat    حبا جما

*Cadangan ini hanya dikhususkan untuk calon yang tidak berkemampuan membina ayat dengan baik  (tidak menjawab soalan)

TAJUK TUDINGAN INSYAK PMR



*ini adalah tajuk –tajuk  tudingan  selepas dibuat saringan berdasarkan  3 tahun lepas
1.      الإستعدادات لمواجهة الإمتحان
2.      فوائد التعاون
3.      من جد وجد
4.      الرحلة العلمية الى فتراجاي
5.      فوائد شبكة الإنترنت
6.      فو ائد الكمبيوتر
7.      وسائل الإعلام الحديثة
8.      مدرستي
9.      الإجتهاد أساس النجاح
10.  الزيارة إلى حديقة الحيوانات
11.  حَفْلَةُ تَوْزِيْعِ اْلهَدَايَا لِلْمُتَفَوِّقِيْنَ
12.  فوائد الجريدة
13.  احترام المعلمين
14.  الاحتفال بيوم الـمعلمين
15.  يوم الاستقلال
16.  أملي في المستقبل
17.  أحب اللغة العربية
18.  الإهتمام بالوقت
19.  أسرتي السعيدة
20.  الطالب المثالي
21.  زيارة إلى جزيرة لغكاوي
22.  مطعم المدرسة
23.  الاحتفال بمولِد الرسول
24.  المأكولات الشعبية
25.  البستاني المثالي
26.  اللعبة الشعبية
MOGA BERMANAFAAT

InSyAk MaGik PMR

Kaedah karangan ini , calon hanya perlu menggantikan muannas atau muzakkar dan  perkataan bergaris dengan tajuk utama  contohnya:
الاجتهاد أساس النحاح
أهمية الوقت
- gunakan perkataan utama tajuk iaitu  الاجتهاد
gunakan perkataan utama tajuk iaitu الوقت

UMUM (kebanyakkan tajuk boleh digunakan seperti faedah/kepentingan...)

إِنَّ   الاجتهاد     مُهِمُّ/ة جِدًّا في حَيَاةِ الانسَان لاَسِيَمَا حَيَاة الطَلَبَة , لِذَلِك يَجِبُ عَلَى كُلِّ الإِنْسَانِ وَالطَّلَبَةُ الاِهْتِمَام بِالاجتهاد   لأَنَّ   الاجتهاد    ت/يُفِيْدُ لِلإنْسَان والطَلَبَة كَثِيْرًا مِنْهُ/ها. وَخُلاَصَةُ القَوْلِ إِنَّ  الاجتهاد   طَرِيْقاً/ة لِلْحُصُوْلِ عَلَى النَّجَاحِ فِيْ الحَيَاةِ وَالسَّعَادَةِ فِيْ الدُّنْيَا والآخِرَة. وَأَنَا أُحِبُّ  الاجتهاد   حُبًّا جمَاًّ.


Kaedah karangan ini , calon hanya perlu menggantikan perkataan bergaris dengan tajuk utama  contohnya
حفلة عيد الاستقلال
عيد المعلمين

tuliskan sahaja tajuk di tempat bergaris
LAPORAN/ PROGRAM DI SEKOLAH 


أَقَامَتْ مَدْرَسَتِي  حفلة عيد المعلمين      فِي (قاعة المدرسة/ملعب المدرسة) . بَدَأَتْ حفلة عيد المعلمين    فِي السَّاعَة الثَّامِنَة صَبَاحا.  يَفْتَتِح البَرْنامِج بِقِراءَة الدُّعَاء ثُمَّ كَلِمَة التَّرحِيْب مِن مُدِيْر المَدْرَسَة. وَانْتَهَتْ . حفلة عيد المعلمين    في الساعة الثَّالِثَةِ وَالنِّصْفُ مَسَاءً. شَارَكَ الطُّلاّب والطَالِبَات وَالمعلموْنَ والمعلِّمَات فِي هَذَا البَرْنامِج . وَهُمْ يَشْعُرُوْن بِالفَرْح وَالسُّرُوْر بِهَذِهَ المُشَارَكة القَيِّمَة.
moga berfaedah

ISLAM DAN INSTITUSI KEKELUARGAAN 01


PENDAHULUAN

                Dalam hidup berkeluarga sesuatu keluarga itu dibentuk dengan percantuman antara dua jenis manusia , iaitu lelaki dan perempuan  dan daripada kumpulan keluarga itulah lahirnya masyarakat.
                Maka untuk menjamin keselamtan , kebahagiaan dan ketenteraman hidup sesuatu masyarakat itu, islam telah mengadakan system perkahwinan atau pernikahan.

PENGERTIAN NIKAH

                Nikah menurut bahasa ialah percantuman dan dari segi istilah hukum islam  ialah sutu akad(perjanjian) bagi menyatukan antara lelaki dengan perempuan untuk mengharuskan pergaulan dan menghalalkan persetubuhan mengikut peraturan yang tertentu.
                Nikah adalah salah satu asas kehidupanyang penting dalam masyarakat dan pergaulan seharian, yang mana nikah itu bukan sahaja merupakan jalan untuk mengatur kehidupan antara suami isteri dan keturunan , malah nikah itu juga adalah sebagai satu jalan kearah perkenalan antara seorang  dengan seorang yang lain .
                Pertalian nikah juga merupakan pertalian yang amat teguh dalam  kehidupan manusia, bukan hanya antara suami , isteri dan keturunan malah antara dua keluarga suami isteri tersebut.Oleh yang demikian pergaulan yang bauk dan harmoni antara suami isteri yang dijalin dengan kasih mesra akan berpindah kepada semua keluarga dari kedua belah pihak , dimana mereka itu akan menjadi satu keluarga yangbertolong tolongan menjalankan perkara kebaikan dan menjauhi kejahatan.

TUJUAN NIKAH

Nikah mengandungi beberapa tujuan antaranya:
1.       Menjaga dan memelihara kaum wanita yang bersifat lemah dari penindasan dan kezaliman
2.       Memelihara diri daripada godaan syaitan yang akan menjerumuskan ke dalam penzinaan dan kejahatan yang boleh meneruskan keperibadian dan pekerti manusia yang tinggi .
3.       Menjamin kehidupan dan nafkah perbelanjaan kaum wanita yang memang sifat fitrahnya bersifat lemah.
4.       Menyusun dan mengatur rumahtangga di atas dasar kasihan belas dan kasih saying yang terjalin erat di antara lelaki dan perempuan.
5.       Melahirkan anak yang akan mengekalkan keturunan dengan jalan yang yang sah dan diiktiraf oleh masyarakat umum.

6.       Menjalinsuatu ikatan yang teguh dan kuat bagi merapatkan perhubungan kekeluargaan antara keluarga lelaki dan perempuan.

BAHAN TEKNIK MENJAWAB FULL.

Betul ka PMR dah nak dimansuhkan. ada yang kata takdalah  peperiksaan masih ada lagi.......... ada yang kata sebahagian aje yang tak da exam yang lain ada cuma bentuk dan formatnya sahaja mungkin berbeza..... dan macam-macam lagi persoalan dan jawapan yang sering didengari, walaubagaimanapun tahun ini kita masih lagi akan menghadapi PMR mungkin yang terakhir dan mungkin.... tidak... pun begitu saya lampirkan bahan teknik menjawab untuk bahasa arab bermula dari bahagian A hinggga bahagian D dan juga beberapa contoh-contoh soalan  untuk latihan, moga menjadi panduan untuk menghadapi PMR 2013 .... mohon maaf jika ada kekurangan...

SILA DOWNLOAD DI PAPARAN  link berguna/download

abu_solah azzarqowie

SYAIR KEINSAFAN



Wahai pemuda dan pemudi                   #     harapan bangsa tiang negeri
Jangan leka berhias diri                           #     Amal ibadat segera dicari
Kepada Allah jangan berhenti               #     menjunjung titah berbuat bakti
Dosa maksiat jangan kita campuri       #      terbakar kulit dijilat api

Ingat kita kepada Tuhan                          #      jangan leka minum dan makan
Amal ibadat kumpul-kumpulkan          #      dosa maksiat jauh-jauhkan
Bila tiba insafnya diri                                 #     kain putih pembalut badan
Tinggal semua yang kita cintai              #     berbakti hidup sepanjang zaman

Tua muda miskin dan kaya                    #    habis sudah meninggal dunia
Didalam kubur tempatnya dia              #   sakit dan senang kembali amalnya

Bila tiba ajalnya mati                                #    tinggal anak saudara dan saudari
Airmata mengalir ke pipi                        #    tidak boleh minta kembali

Bila tiba ke liang lahad                              #    barulah nak ingat buat ibadat

Sedekah puasa sembahyang dan zakat  #   tapi semuanya sudah terlambat

Perkongsian Pengalaman Dalam Blog Gemilang Pahang



PENDAHULUAN:

Penulis mengajar di SMK Tengku Ampuan Afzan Chenor. Mula berkhidmat di negeri Pahang pada tahun 2002 setelah menabur bakti di negeri Johor bermula tahun 1998. Alhamdulillah dapat menabur bakti di tempat kelahiran sendiri walaupun dibesarkan di Kuantan. Berpengalaman mengajar Bahasa Arab selama 13 tahun. SMKTAAC merupakan sebuah sekolah luar bandar perkampungan tradisional yang mempunyai Kelas Aliran Agama (KAA) berlatarbelakangkan pelajar sekitar Chenor. Berbekalkan pelajar-pelajar sederhana akademik yang memperolehi keputusan 3A 2B dan kadangkala 2A dalam UPSR merupakan satu cabaran untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam PMR khususnya dalam Bahasa Arab.

Pencapaian Bahasa Arab PMR: Sepanjang pengalaman mengajar Bahasa Arab di SMKTAAC, bermula tahun 2003-2011 hanya 2 tahun sahaja (2006 & 2007) pelajar gagal mencapai kelulusan 100% lulus. Perbandingan pencapaian Bahasa Arab PMR mengikut format baru yang diperkenalkan pada tahun 2010:


PERKARA

BIL. CALON
A
B
C
D
E
LULUS

GPMP
%
BIL/%
BIL/%
BIL/%
BIL/%
BIL/%
BIL
%

PMR 2010

20
4
20.0
3
15.0
8
40.0
5
25.0
0
0.0
20
100
2.70

TOV 2011

23
6
26.1
5
21.7
6
26.1
3
13.1
3
13.1
20
86.9
2.65

ETR
2011

23
8
34.8
6
26.1
6
26.1
3
13.1
0
0.0
23
100
2.17

PMR
2011

23
10
43.5
4
17.4
6
26.1
3
13.1
0
0.0
23
100
2.09

Menghasilkan pelajar cemerlang 9A di sebuah sekolah kampung adalah satu kepuasan. Menjadi satu kepuasan yang istimewa apabila mata pelajaran Bahasa Arab tidak pernah menjadi subjek “nearmiss” kecemerlangan PMR di Afzan.

100% lulus bukan lagi masalah, tindakan seterusnya adalah untuk mencipta kualiti dan kuantiti kecemerlangan. PMR 2011 menjadi titik tolak kecemerlangan Bahasa Arab dengan sokongan dan galakan yang diberikan oleh pengetua dan pentadbiran sekolah.

CABARAN UTAMA PENGAJARAN BAHASA ARAB:
i.      Sering dianggap sebagai “killer subject” dalam PMR dan persepsi negatif bahawa Bahasa Arab susah.
ii.    Tiada kemahiran asas penulisan jawi yang baik.
iii.   Kekangan Bahan Bantu Mengajar di pasaran.

Tugas utama adalah membetulkan kembali persepsi pelajar. Motivasi dan penerangan mesti berfakta supaya boleh diterima pelajar. Pelajar lemah guru tidak boleh lemah. Perubahan dalam p&p mesti dilakukan. P&P mesti menarik-BBM, Audiovisual, slideshow,nyanyian dan lain-lain. Bila hati sudah tertarik, sudah serasi bersama, kesediaan hati untuk menerima ilmu telah ada maka guru dapat melaksanakan p&p dengan lancar.

PROGRAM KECEMERLANGAN BAHASA PMR 2011:

1. “Mufradat dars”: Kelemahan utama pelajar dalam Bahasa Arab ialah penguasaan kosa kata. Dalam aspek ini kelemahan pelajar dapat dibahagikan kepada 3 kategori:
                a.Tidak mampu sebut dan menulis kembali.
                b.Mampu menyebut tetapi tidak boleh menulis.
                c.Mampu menulis tetapi salah (aspek yang ditekankan oleh guru)
Program ini dilakukan di awal p&p (10-15 minit). Setiap pelajar dibekalkan ‘mini white-board’. Guru menayangkan ‘slide ppt’ yang mengandungi kosa kata pelajaran (mufradat dars). Pelajar menulis perkataan yang dikehendaki. Guru menayangkan penulisan yang betul. Pelajar membaiki kembali kesilapan penulisan.Tiada apa yang perlu ditakuti oleh calon PMR apabila memiliki “modal besar” dalam pembelajaran bahasa ini.


2. Modul “Al-kifayah Linnajah”: Modul latihan berfokus yang dihasilkan sendiri oleh penulis bagi mengatasi kekurangan bahan Bahasa Arab. Kecukupan latihan amat penting bagi pelajar bagi memastikan mereka menguasai setiap item PMR. Secara peribadi, penulis berkeyakinan modul ini telah memberi impak yang besar kepada calon PMR.(Maklumat lanjut: http://duanarabic.blogspot.com)

3.Bengkel “Jawab Untuk Cemerlang”: Bengkel dijalankan sebanyak 3 siri : sebelum ujian Mac, pertengahan tahun dan percubaan PMR. Setiap siri selama 4 jam pada hari Sabtu. Bahan bengkel berfokus ke arah memperolehi maksimum markah dalam setiap item PMR.

4. “Gasak Istibdal” : Ujian mengejut di awal p&p sepanjang tahun. Fokus kepada item (b) soalan 1 dan soalan 2. Kemahiran aplikasi tatabahasa Bahasa Arab. Pelajar diuji dengan tiga peringkat soalan.

PENUTUP:

Program di atas telah membantu penulis menghasilkan keputusan yang diimpikan. Perubahan dan permurniaan program sentiasa dilakukan bersesuaian dengan calon semasa. Kepada Allah swt. jua diucapkan syukur mudah-mudahan diberi kekuatan, ketabahan dan kesihatan berpanjangan untuk mendidik anak-anak Chenor.