Ramai yang datang dan pergi, tapi hanya kawan sejati meninggalkan kesan di hati,
kawan adalah penyayang, menarik, mengujakan, prihatin, boleh dipercayai, kadangkala menjengkelkan, biologi awak berapa? , hampir gagal, gagal. bukan awak dapat 9A dalam PMR , dalam naik turun hidup , kita kembali kepada kawan, kerana kawan yang jujur , harta yang tidak ternilai , menceriakan kita , tatkala sedih ataupun tertekan, mencabar kita melakukan yang terbaik,
Ikatan persahabatan , lebih kukuh dari besi , keperluan dalam hidup , sahabat, kau dan aku, sahabat, kamu amat penting dalam hidupku, seperti permata yang bersinar dalam kegelapan , seperti bintang yang penuh dengan harapan , bagai berlian yang dilingkari cahaya gemerlapan , sahabatku, kita seperti dua jiwa  satu hati,  jika kita melayan kawan dengan sepatutnya , mereka akan menyokong kita, jika kita melayan kawan dengan sepatutnya, kita boleh mengharapkan mereka ,ingat daku dalam doamu, kini dan selamanya, aku sayang kamu sahabatku, sayang kamu juga.

FORMAT PMR B. ARAB 2010

ALHAMDULILLAH ... berita yang terbaru saya terima dari sahabat JU , format PMR b. arab bagi tahun  2010 ini besar kemungkinan akan diteruskan dalam bentuk format lama  kerana format baru tidak diluluskan untuk tahun ini , tapi insyaallah format baru akan dimulakan sepenuhnya tahun hadapan. 
Apapun kemungkinannya sama-samalah kita persiapkan anak2 murid  dengan bekalan mufradat yang banyak supaya tidak termenung sewaktu peperiksaan 

اللغة العربية لغة القرآن

Bushairi dalam kenangan

Moga Allah cucuri rahmat dan tergolong dalam orang-orang yg beriman aminn......
my classmate
SMKA SLIM RIVER 5 IBNU SINA 1996
Allahyarham Bushairi b. Hj. Mahfuz
(1979 -3/4/2010)

ujian topikal 1

Memulakan tugas sebagai SUP dalaman dalam keadaan kelam- kabut dek kerana tak biasa , dah setahun dua baru ok, inilah pengalaman pertama dalam bidang peperiksaan walaupun mula2 posting dulu pernah jadi su spm  tapi pengalamannya sementara sahaja ketika d SMKA Muhammad Ali , Ranau. Tetapi bila diingatkan balik ketika berada di SMK Chenderiang penat rasanya kerana menerima pelbagai tugasan baru yang tak pernah disandang sehinggakan pitam beberapa kali, buat pemeriksaan diklinik katanya tekanan darah naik ( risau juga kena darah tinggi) lepas  2 -3 kali pemeriksaan doktor kata ok, mungkin sebab tekanan kerja, ditambah pula dengan berulang-alik jauh kerumah 100km memanglah pengalaman yang tak dapat dilupakan. apa yang penting sekarang sebagai guru kenalah pandai2 membahagikan masa dan kerja , bak kata seorang abang (saya jumpa ketika makan di mee kari 'pokok manggis' bidor on d way mesyuart sehari di smk batu 10 Lekir) " kita kerja apapun kenalah pandai 'bersilat' org tumbuk kita elak  tapi kalau dah ramai sangat menumbuk 'cabutlah' .kita tunggu apa lagi ...:)

Bengkel Penilaian e-bahan(papan cerita)

Sedang mengikuti Bengkel penilaian papan cerita(e-bahan) pendidikan syariah islamiah tingkatan 5 di Hotel Presscott , Klang 2-5 Mac 2010. siang malam pagi petang mengadap -pening-pening. sampai sekarang e-bahan PSI ting 4 belum lagi diupload. insyaallah akan datang... bagi subjek2 lain telahpun diupload contoh PI tingkatan 1,2,4,dan 5, tasawwur ting. 4 ... sila ke link sebelah BTP(LMS) untuk rujukan. TQ

'Format' terbaru Bahasa Arab PMR

Berita terbaru , ni ada bahan terbaru dapat 'sanad' insyaallah sohih dari sahabat kalau tak silap bulan april akan keluar format pentaksiran sebenar, yang ini ialah bentuk /format yang akan dibuat.. Harap-harap buatlah persediaan yang sepatutnya dengan format yang mungkin bakal menemui kita. download (format word 2007)

Seminar bahasa Arab

Insyaallah hari ini (ahad 28/2) akan diadakan seminar bahasa arab yang akan dikendalikan sepenuhnya oleh dr. abdul razak bin abu chik , seorang pensyarah bahsa arab yang tidak asing lagi di negara kita , beliau telah banyak menjalankan seminar ini hingga ke sabah dan sarawak, mudah-mudahan dengan seminar ini kan memberi lebih banyak input pada guru2 dan pelajar2 untuk menaikkan lagi tahap kelulusan 100% bahsa arab pmr tahun ini. Ameeeen......

maulidurrasul

Selamat menyambut hari kelahiran rasul atau kebiasaannya org2 kampung sebut sebagai 'mulud nabi' , apapun istilah yang digunakan yang penting adalah rasa kecintaan kita terhadap rasulallah, setakat mana kita letakkan kekasih Allah ini dalam diri kita? kita kata cinta dan sayang pada rasul , kita kata kita ikut sunnah rasul tetapi pada waktu yang sama kita tolak ajaran yang dibawa oleh nabi , ambil yang mana mudah bagi kita dan tolak perkara yang rasa menyusahkan kita.dimanakah kita letakkan diri kita sebagai seorang yang bernama muslim .kita bersolat , kita berzakat, kita berpuasa , waktu yang sama kita suka menipu orang lain , melaga-lagakan orang sehingga tercetus pergaduhan, manakah nilai keislaman kita? marilah sama-sama kita hayati sirah nabi dan bukan sekadar perarakan menyambut kelahiran nabi . Allahu Akbar!

bengkel "kanzul mufradat"

28 januari 2010 8.00pg. hingga 5.00 ptg kena pergi pkg slim river. ada bengkel nak buat perbendaharaan kata dari buku teks bahasa arab tingkatan 3 . meneruskan usaha yang dibuat oleh syeikh azrulsyam yang dah berpindah ke smk jalan kebun. inisitif dari ustaz abdul kahar nak meningkatkan lagi kecemerlangan bahasa arab negeri perak.... amiiiin ya raab . disebabkan zaman gawat ni terpaksalah buat di pkg masing2 ikut daerah kemudian nanti akan digabungkan ... insyaallah nanti menyusul pula tadribat tingkatan 3. mengikut kata uztaz abdul kahar pentaksiran peperiksaan untuk bahasa arab pmr berkemungkinan bulan mac atau april baru keluar...hish hish hish kesian sungguh guru bahasa arab dahlah susah mengajar bahasa arab, takdak pula bentuk pentaksiran baru lagi.
result untuk bahasa arab tingkatan 1 taimiyah....... untuk rujukan anak2 muridku sila downlod

Pendidikan Syariah Islamiah SPM

Bahan teknik dan bimbingan menjawab soalan kertas 1 dan kertas 2 . Moga ada manafaatnya. sila klik download disini pastikan adan mempunyai adobe reader.



sumber dari : joshuatly
kemaafan diminta , tidak dapat update kerana dilanda sakit mata, alhamdulillah dah kembali seperti asal... insyaallah akan diupdate secepat mungkin...

TEKNIK2 DAN TIPS MENJAWAB PSI

AYAT HUKUM
Unsur2 soalan antaranya ialah:-
  • Sebab Nuzul
  • Istinbat Hukum
  • Maksud Potongan ayat
  • Pendapat (penyelesaian masalah)
  • Hikmah larangan/suruhan
Permasalahan:-
  • Sukar mengingati ayat dan makna yang berkaitan
  • Ayat yang banyak merangkumi ting. 4 dan 5
Penyelesaian:-
  • Memahami maksud/ makna ayat dalam b. Melayu untuk soalan potongan ayat
  • Mengingati istilah syara' dalam ayat berkaitan dgn. istinbat hukum
  • Mengingati sebab nuzul dgn. baik
  • mengingati lafaz tertentu untuk mengingatkan tajuk memudahkan pelajar menjawab soalan berbentuk pendapat, hikmah dan lain-lain.
sumber: JUJ 2009 akan datang HADIS HUKUM>>>

TIPS2 JAWAPAN PEND. SYARIAH ISLAMIAH

KESAN/IMPLIKASI TERBATAL
KPD INDIVIDU /MASYARAKAT/NEGARA... SILA DOWNLOD LINK

sumber: kawan-kawan

Borang Tuntutan LPM dan Tuntutan Perjalanan


Untuk kemudahan anda membuat tuntutan samaada perjalanan ataupun tuntutan peperiksaan silalah muat turun di link sebelah untuk kegunaan sebaiknya...

** Khusus untuk GURU_GURU

sumber : sahabat-sahabat

GURU CEMERLANG


Lepas bercuti raya baru nie terus dapat panggilan untuk pemantauan guru cemerlang dg 44 ,terkejut juga sebab cepat sangat rasanya, kelam kabut sungguh... fail pun kemana , bertugas lagi minggu tu.. dan macam2 ujian lagi...... alhamdulilah persediaan 2 hari sempat buat apa yang patut , tapi rasa kecewa sedikit sebab tak sempat nak buat beberapa perkara....pemantau ialah ustaz Mat Hamdan dari PPD Hilir Perak, rupanya calon untuk DG48 sahaja dipantau oleh nazir negeri, macammanapun kalau dapat alhamdulillah... menurut ustaz Jamaluddin (guru cemerlang DG52) keputusan dan lantikannya akan dibuat tahun ini juga untuk pengisian segera.....

hmmmmmmmmmm risau sungguh hari nie , anak2 murid sedang menjawab kertas baha arab komunikasi 2009 untuk kali terakhirnya........... ya Allah tenangkanlah hati mereka mudah menjawab dan memahami kehendak soalan... Ameeennnnnn