result untuk bahasa arab tingkatan 1 taimiyah....... untuk rujukan anak2 muridku sila downlod

Pendidikan Syariah Islamiah SPM

Bahan teknik dan bimbingan menjawab soalan kertas 1 dan kertas 2 . Moga ada manafaatnya. sila klik download disini pastikan adan mempunyai adobe reader.



sumber dari : joshuatly
kemaafan diminta , tidak dapat update kerana dilanda sakit mata, alhamdulillah dah kembali seperti asal... insyaallah akan diupdate secepat mungkin...

TEKNIK2 DAN TIPS MENJAWAB PSI

AYAT HUKUM
Unsur2 soalan antaranya ialah:-
  • Sebab Nuzul
  • Istinbat Hukum
  • Maksud Potongan ayat
  • Pendapat (penyelesaian masalah)
  • Hikmah larangan/suruhan
Permasalahan:-
  • Sukar mengingati ayat dan makna yang berkaitan
  • Ayat yang banyak merangkumi ting. 4 dan 5
Penyelesaian:-
  • Memahami maksud/ makna ayat dalam b. Melayu untuk soalan potongan ayat
  • Mengingati istilah syara' dalam ayat berkaitan dgn. istinbat hukum
  • Mengingati sebab nuzul dgn. baik
  • mengingati lafaz tertentu untuk mengingatkan tajuk memudahkan pelajar menjawab soalan berbentuk pendapat, hikmah dan lain-lain.
sumber: JUJ 2009 akan datang HADIS HUKUM>>>

TIPS2 JAWAPAN PEND. SYARIAH ISLAMIAH

KESAN/IMPLIKASI TERBATAL
KPD INDIVIDU /MASYARAKAT/NEGARA... SILA DOWNLOD LINK

sumber: kawan-kawan

Borang Tuntutan LPM dan Tuntutan Perjalanan


Untuk kemudahan anda membuat tuntutan samaada perjalanan ataupun tuntutan peperiksaan silalah muat turun di link sebelah untuk kegunaan sebaiknya...

** Khusus untuk GURU_GURU

sumber : sahabat-sahabat

GURU CEMERLANG


Lepas bercuti raya baru nie terus dapat panggilan untuk pemantauan guru cemerlang dg 44 ,terkejut juga sebab cepat sangat rasanya, kelam kabut sungguh... fail pun kemana , bertugas lagi minggu tu.. dan macam2 ujian lagi...... alhamdulilah persediaan 2 hari sempat buat apa yang patut , tapi rasa kecewa sedikit sebab tak sempat nak buat beberapa perkara....pemantau ialah ustaz Mat Hamdan dari PPD Hilir Perak, rupanya calon untuk DG48 sahaja dipantau oleh nazir negeri, macammanapun kalau dapat alhamdulillah... menurut ustaz Jamaluddin (guru cemerlang DG52) keputusan dan lantikannya akan dibuat tahun ini juga untuk pengisian segera.....

hmmmmmmmmmm risau sungguh hari nie , anak2 murid sedang menjawab kertas baha arab komunikasi 2009 untuk kali terakhirnya........... ya Allah tenangkanlah hati mereka mudah menjawab dan memahami kehendak soalan... Ameeennnnnn
Bahang peperiksaan kian hampir , bersedialah kalian wahai pelajar-pelajar dengan kelengkapan

INDAHNYA RAMADHAN


Ramadhan sudah tiba ke penghujungnya. Rasanya baru semalam ia menjelma. Adakah sudah cukup ibadah yang kita lakukan pada bulan yang penuh barakah ini ?. Adakah kita yakin ibadah dan amalan kebajikan yang dilakukan sudah dapat menempatkan kita nun di sudut keredhaan Ilahi !.

Ya Rabb!!! Kami memohon keampunan darimu dari segala silap dan salah serta keterlanjuran perbuatan. Ilahi... moga-moga kami sekeluarga sentiasa berada di bawah lembayung hidayah Mu. Kuatkanlah azam dan tabahkan jiwa raga kami untuk meneruskan hidup di muka bumi Mu ini. Hanya pada Mu kami meminta dan memohon pertolongan. Kau lah yang Maha Pemurah, Pengampun, Pengasih lagi Maha Mengasihani.

ummi_solah...

SOALAN PERCUBAAN BAK PMR 2009


soalan percubaan bahasa arab komunikasi 2009 bagi beberapa negeri.... tengah usahakan untuk kelantan dan terengganu, sebab kebiasaannya negeri2 nie hampir2 bentuk soalannya dengan yang sebenar. sila klik dimenu sebelah untuk download, pastikan anda ada adobe reader(pdf) untuk membukanya.

RAMADAN : KELEBIHAN DAN CARA MENCAPAI KESEMPURNAAN PUASA



بسم الله الرحمن الرحيم

KELEBIHAN BULAN RAMADAN



Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan RasulNya, ia juga menjadi penghulu segala bulan.

Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menurunkan kitab suciNya (Al-Qur’an) yang menjadi petunjuk bagi manusia. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Qur’an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”

(Surah Al-Baqarah: 185)

Dipilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatul-qadr yang mana ia lebih baik dan lebih utama daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun. Menurut ulama’ Lailatul-qadr itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan khasnya malam-malam pelikurannya dengan perkara-perkara yang tidak memberi faedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.

Lain-lain keistimewaan bulan Ramadhan itu sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Sembahyang lima waktu, dan sembahyang Jumaat ke sembahyang Jumaat berikutnya, dan bulan Ramadhan ke bulan Ramadhan berikutnya adalah menjadi penebus dosa yang terjadi di antara waktu-waktu tadi, selama orang itu menjauhi dosa-dosa besar.”

(Hadis riwayat Muslim)

Sabda Baginda lagi:

Maksudnya: “Dia (bulan Ramadhan itu) ialah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran itu ialah masuk syurga.”

(Shahih Ibnu Khuzaimah)

Sementara kesabaran itu pula ganjaran pahala tanpa perhitungan. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: “Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.”

(Surah Az-Zumar: 10)

KELEBIHAN PUASA DI BULAN RAMADAN

Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan di dalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan saja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dengan apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunaskan (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.”

(Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

Adapun kewajipan puasa ini bukan hanya sekadar menahan diri daripada makan dan minum atau perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai dari terbit fajar shadiq hingga terbenam matahari, bahkan hendaklah juga menahan anggota badan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membawa dosa, kerana dosa itu boleh melupuskan matlamat puasa. Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam telah memberi peringatan dalam hal ini sebagaimana sabda Baginda:

Maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tidak mendapat sesuatu daripada puasanya selain lapar dan dahaga.”

(Ditakhrijkan oleh Ibnu Majah)

MENUJU KESEMPURNAAN IBADAH PUASA

Matlamat puasa itu bukan hanya memelihara kewajipan-kewajipan lahiriahnya, bahkan memelihara kewajipan-kewajipan bathiniyahnya. Al-Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan bathiniyah puasa itu antara lain seperti berikut:

1) Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh menggangu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

2) Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria.

3) Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya:

Tafsirnya: “Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram.”

(Surah Al-Ma’idah: 42)

4) Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan yang syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram. Orang yang berpuasa seperti ini, samalah seperti orang yang membangunkan sebuah istana, kemudian dia menghancurkan sebuah kota (kerana dalam kota ada istana itu).

5) Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.

Cubalah renungkan, bagaimanakah dapat menentang musuh Allah dan melawan syahwat, kiranya apa yang dilakukan oleh orang yang berpuasa waktu berbuka itu, ialah mengisikan perut yang kosong itu dengan berbagai makanan semata-mata kerana dia tidak mengisikannya di waktu siang tadi. Kadangkala makanan-makanan yang disediakan itu berbagai-bagai rencamnya, sehingga menjadi semacam adat pula kemudiannya. Akhirnya dikumpulkanlah bermacam-ragam makanan untuk persediaan menyambut Ramadhan, dan dihidangkanlah pula dalam satu bulan itu bermacam-macam makanan yang tidak pernah dihidangkan dalam bulan-bulan sebelumnya.

Sebagaimana yang dimaklumi, bahawa maksud puasa itu adalah menahan selera dan mengekang nafsu, agar diri menjadi kuat untuk taat dan bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Tetapi kalaulah hanya sekadar mengekang perut di siang hari hingga ke masa berbuka, lalu membiarkan syahwat berlonjak-lonjak dengan kemahuannya kepada makanan, dan dihidangkan pula dengan berbagai makanan yang lazat-lazat, sehingga perut kekenyangan, tentulah perut akan bertambah keinginannya kepada makanan-makanan itu. Malah akan timbul daripada syahwat pula keinginan yang baru, yang kalau tidak dibuang, mungkin ia tetap pada kebiasaannya. Semua ini adalah bertentangan dengan maksud dan tujuan puasa yang sebenarnya. Sebab hakikat puasa dan rahsianya adalah untuk melemahkan kemahuan dan keinginan, yang digunakan oleh syaitan, sebagai cara-cara untuk menarik manusia kepada berbagai kejahatan. Padahal kemahuan dan keinginan ini tiada dapat ditentang, melainkan dengan mengurangkan syahwat. Barangsiapa yang menjadikan di antara hatinya dan dadanya tempat untuk dipenuhi dengan makanan, maka dia terlindung daripada kerajaan langit.

6) Hendaklah hati merasa bimbang antara takut dan harapan, kerana tiadalah diketahui apakah amalan puasa itu diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala, sehingga seseorang itu digolongkan ke dalam puak muqarrabin (hampir kepada Allah), ataupun puasanya tertolak, maka terhitung dia ke dalam golongan orang yang terjauh daripada rahmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Perasaan seumpama ini seharusnya sentiasa ada pada diri seseorang, setiap kali selesai melakukan sesuatu ibadat kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Oleh kerana itu apabila puasa itu dapat dilaksanakan dengan sempurna menurut syarat-syarat zahir dan batinnya, iaitu bukan hanya berpuasa dengan menahan perut dan syahwatnya serta mengekang pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki juga seluruh anggota, bahkan menahan dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang membawa dosa, ditambah lagi bahawa hatinya berpuasa daripada perkara-perkara yang memesongkan perhatiannya selain Allah Subhanahu wa Ta‘ala, maka orang yang berpuasa sedemikian akan mudah mencapai martabat orang-orang yang taqwa sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.”

(Surah Al-Baqarah: 183)

PUASA BAGI ORANG-ORANG YANG TAKWA

Di antara huraian atau maksud “Supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa” ialah: Orang-orang yang beriman dilarang makan dan minum dan dilarang bersetubuh ketika berpuasa, ialah kerana terdapat hikmah dan faedah yang besar dalam larangan itu. Yang pertama ialah latihan mengendalikan diri. Kalau di sepanjang waktu umat Islam dilarang memakan makanan yang haram, tetapi ketika berpuasa makanan yang halalpun dilarang. Orang yang beriman akan dapat menahan nafsunya semata-mata kerana melaksanakan perintah Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Walaupun dia hidup terpencil seorang diri, jauh daripada pandangan manusia atau tidak seorang pun manusia melihatnya, namun dia akan tetap berpuasa, sebab dia meyakini bahawa Allah sentiasa melihatnya. Sikap demikian dapat mendidik iradat serta mengendalikan kemahuannya dan dapat juga mengekang nafsunya. Ada dua syahwat yang sangat mempengaruhi hidup, iaitu syahwat faraj (kelamin) dan syahwat perut. Kalau kedua-duanya ini tidak terkendali, maka kemanusiaan manusia menjadi runtuh dan turun bertukar menjadi kebinatangan. Tetapi apabila dapat dikendalikan khususnya dengan berpuasa, kemanusiaan tadi akan naik tingkatnya ke tingkat ketaqwaan.

Mudah-mudahan kelebihan puasa sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Demi Allah yang jiwaku berada di dalam genggamanNya, bahawa bau mulut seorang yang berpuasa adalah lebih harum pada sisi Allah daripada bau-bauan minyak kasturi. Allah ‘azzawajalla berkata: “Sesungguhnya dia telah meninggalkan syahwatnya, makannya dan minumnya kerana Aku. Puasa itu (dilakukan) kerana Aku, dan Akulah yang akan memberikan balasannya sendiri.”

(Hadis riwayat Ahmad)

Daripada maksud hadis di atas diharapkan akan mendorong seseorang itu untuk menghidupkan Ramadhan supaya tercapai pula keampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala, sebagaimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, akan diampunkan dosanya yang terdahulu.”

(Hadis riwayat Bukhari)

Hotel quality hari ke2

alhamdulillah hari ini mula menilai bahan untuk subjek pendidikan syariah islamiah , pening-pening nak menilai storyboard, tapi kali ni nampak macam ada perubahan mungkin kerana BTP dah ada pengarah yang baru. penilaian kali ni untuk tingkatan 5 , tingkatan 4 dah pun disiapkan dalam bentuk interaktif...


kursus amali haji telah berjalan dengan lancar alhamdulillah , ustaz jamaluddin telah mengendalikan program ini dengan jayanya. seperti dijanjikan gambar2 yang berkaitan dengan program tersebut.

Selamat Bersua

Hari ini dapat surat kena pergi Hotel Quality shah alam,lama pulak tu 17 ogos sampai 20 ogos bahagian teknologi pendidikan buat penilaian papan cerita . hmm lama dok di sekolah kena jalan-jalan sikit tenangkan fikiran .... tapi risau jugak sebab HINI (selsemaa babi ) makin menjadi-jadi tapi kerajaan masih lagi pertahankan lagi untuk tidak mengistiharkan darurat , apapun doa ajelah keselamatan umat malaysia ni selamat.... yang herannya pulak kebanyakkan yang meninggal duni orang2 melayu pulak .......pelik sunguh...... huhuhu.

Kebetulan nak stayback hari ni.. disekolah adaakan kursus haji, dah lama smka slim river ni tak adakan kursus haji.... insyaallah ini sebagai permulaan... dah ada model kaabah dah...alhamdulillah hasil usaha ustaz haji jamaluddin bin halid , guru cemerlang dg52. gambar akan disusuli kemudian.