FORMAT TERKINI BAHASA ARAB PMR 2010- satu analisis



Format yang tidak terjangka oleh sesiapa akan dilaksanakan pada tahun ini juga, bagi pelajar ia merupakan  tekanan bagi guru dah tentulah cabaran yang sangat besar yang perlu dipikul dan digalas supaya semua anak didik mampu untuk memahami dan menjawab dengan baik. Pun begitu setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya , lihatlah dengan mata hati dan akal fikiran dan tajam insyaallah kita akan pasti dapat melihatnya......


Bagi  ustaz format baru memberi banyak peluang kepada pelajar-pelajar untuk mencapai skor yang tinggi , barangkali skop pemikiran masih lagi bercampur2 dengan bentuk dan arahan-arahan soalan terdahulu... Apa yang perlu dilakukan ialah banyakkan latih tubi dan memahami kehendak soalan sebaik mungkin, begitu jugalah apa yang berlaku pada anak-anak murid ustaz , lain yang disuruh lain yang dibuat... buat ayat situasi .. tapi yang ditulisnya terjemahan dari b. melayu. dari 30 pelajar 2 sahaja yang memenuhi kehendak soalan .... adusssss CABARAN ...CABARAN..... 
Sedikit panduan menjawab yang ustaz dapat amati sepanjang menyampaikan ceramah menjawab dan mendengar ceramah menjawab dari rakan2 lain, moga2 dapat manafaat.

BAHAGIAN A
soalan 1 dan 2 (pilih satu sahaja)

(أ) Soalan sepenuhnya tajuk-tajuk nahu tatabahasa arab asas lebih kurang 30 tajuk , nampak mudah , pilih sahaja jawapan seperti soalan objektif namun 3 perkara perlu diambil kira:
                   1. salah pilih maka hilang markah sepenuhnya
                   2. salah jawab pun hilang markah  contoh membulat sahaja jawapan tanpa tulis di tempat kosong
                   3. pastikan memilih soalan 1 atau 2 yang benar-benar mudah, menjawab kedua-duanya boleh                    
                       menyebabkan masa banyak terbuang.

(ب) masih lagi soalan berkaitan nahu , cuma bentuknya sedikit berbeza.. pelajar diminta untuk membuat kebiasaannya 2 perubahan berdasarkan ayat contoh yang diberi , pada soalan ini pelajar perlu:
                    1. menguasai perubahan-perubahan dhomir هو هما هم هي... 
                    2. menguasai feel madhi , mudhorik dan amar dengan baik.
* sebaiknya hafal jadual-jadual yang berkaitan secara ringkas dan tulis kembali pada kertas soalan sebagai panduan(khusus bagi pelajar yang tidak menguasai sepenuhnya)


GAMBARAN DAN KELEBIHAN MENANGIS

4 Syaaban 1431H.
Oleh : Akhisalman


((إذا تتلى عليهم آيات الرحمن خروا سجدا وبكيا)) (مريم: 58)

Maksudnya: Apabila dibacakan ayat-ayat Tuhan yg maha pemurah maka mereka akan sujud dan menangis.

(سبعة يظلهم الله في ظله، يوم لاظل إلا ظله: -منها- ورجل ذكر الله خاليا ففاضت عيناه.)

Maksudnya:

Tujuh golongan yang mana Allah naungi mereka di bawah naungannya: -diantaranya- dan seorang lelaki yang mengingati Allah bersendirian lalu mengalir air matanya.
(HR Bukhari dan Muslim)

(لا يلج النار رجل بكى من خشية الله، حتى يعود البن في الضرع)

Maksudnya:
Tidak masuk neraka lelaki yang menangis kerana takut kepada Allah sehinggalah susu masuk ke dalam putingnya kembali (menunjukkan kepada takkan masuk ke neraka lelaki tersebut)(HR Tirmizi)

(طوبى لمن ملك لسانه، ووسعه بيته، وبكى على خطيئته)

Maksudnya:
Beruntunglah seiapa yg dapat menjaga lidahnya dr dosa dan kesalahan, rumahnya selesa bgnya dan menangis terhadap kesalahnya.
(HR Thabrani)

NABI MENANGIS

(عن عبد الله بن الشخير قال: (رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يصلي بنا، وفي صدره أزيز كأزيز المرجل من البكاء

Maksudnya:
Abdullah bin syikhir berkata: "Aku melihat Rasulullah s.a.w bersembahyang menjadi imam kami dan dadanya ada mempunyai bunyi esakan kerana menangis seperti bunyi periuk yang menggelegak."
(HR Abu Daud dan Tirmizi)

SAHABAT MENANGIS

وعن أنس قال: (خطب رسول الله صلى الله عليه وسلم خطبة ما سمعت مثلها قط، قال: لو تعلمون ما أعلم لضحكتم قليلا ولبكيتم كثيرا. قال: فغطى أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم وجوههم لهم خنين )

Maksudnya:

Anas r.a berkata: "Rasulullah s.a.w berkhutbah yang tidak pernah ku dengar selama ini." Baginda berkata: "Kalaulah kamu mengetahui apa yang aku tahu nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis." Beliau berkata: "Lalu sahabat2 Rasulullah s.a.w menutup wajah mereka dlm keadaan mereka teresak-esak menangis.
(HR Bukhari dan Muslim)

UMAR MENANGIS

Abdullah bin Syaddad berkata: Aku mendengar esakan dari tangisan Umar r.a (sedang menjadi imam) ketika aku berada di belakang sof. Beliau menangis ketika membaca ayat:

((إنما أشكو بثي وحزني إلى الله)) (يوسف: 86)

Maksudnya: Aku hanya mengadu kesusahanku dan kesedihanku kepada Allah.
(HR Bukhari)

UTHMAN MENANGIS

Hanie seorang hamba Uthman telah berkata: Suatu hari Uthman berdiri di tepi kubur sambil menangis sehinggalah basah janggutnya. Lalu ada yang bertanya:"Engkau ingat syurga dan neraka tapi kau tidak menangis, kenapa engkau menangis bila melihat kubur? Beliau menjawab: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

(إن القبر أول منازل الأخرة، فإن نجا منه فما بعده أيسر منه. وإن لم ينج منه فما بعده أشد منه)

Maksudnya:

Sesungguhnya kubur adalah tempat persinggahan pertama dalam menuju ke akhirat. Jika seseorang itu selamat ketika berada di dalam kubur maka selepas itu akan menjadi lebih mudah. Jika dia tidak selamat maka selepas itu akan menjadi lebih sukar.

TANGISAN PARA ULAMA

Suatu hari Fudail bin Iyad membaca Quran surah Muhammad dan menangis. Beliau mengulang-ulang ayat ini:

((ونبلوا أخباركم )) (محمد: 31)

Maksudnya: Dan kami akan singkap dan dedah segala perlakuan mereka.

Beliau berkata: "ENGKAU DEDAH SEGALA CERITA KAMI dan terus mengulang2 dan berkata: "KALAU ENGKAU DEDAH SEGLA PERLAKUAN KAMI…MAKA MALULAH KAMI DAN ENGKAU SINGKAP SEGALA RAHSIA2 KAMI… KALAU KAU DEDAH CERITA KAMI BINASALAH KAMI DAN KENA AZABLAH KAMI…..

Dan beliau terus menangis..

GESAAN NABI SUPAYA KITA MENANGIS

(ياأيها الناس ابكوا فإن لم تبكوا فتباكوا، فإن أهل النار يبكون في النار حتى تسيل دموعهم في خدودهم، كأنها جداول حتى تنقطع الدموع، فيسيل –يعني الدم- فيقرح العيون)

Maksudnya: Hai manusia! Menangislah kamu.. Jika kamu tak boleh menangis buat2lah menangis (sehingga bleh menangis), maka sesungguhnya ahli neraka menangis sehinggalah mengalir air mata di pipi mereka seolah ada anak2 sungai sampailah habisnya air mata. Maka mengalirlah darah sehingga mata menjadi luka. (Hadis Hasan)

Bagaimana dgn Anda? bila nak menangis terhadap dosa2 yg banyak.. adakah anda menunggu sampai sanak saudara menangisi kematian anda.. atau malaikat membantai anda di kubur.. atau melihat neraka pd hari kiamat.. atau...

Rujukan: Al-Buka min Khasya tiLLAh oleh Husain 'Uaisyah dan Al-Riqqah wal Buka oleh Ibnu Quddamah al-Maqdisi.

BULAN SYAABAN

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
  • Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. 

    Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid." 
  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
  • Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."