TAHLIL DAN BACAAN YASIN

ALhamdulillah akhirnya dapat juga bertemu dengan  sahabat2 lama smkaslim river, agaknya dah lebih kurang 14 tahun , ada yang dah berubah tak kurang yang masih maintain macam dulu2  ... moga Allah panjngkan persahabatan kita hingga akhirnya...

Gambar selepas selesai majlis yasin dan tahlil untuk Allahyarham Bushairi di rumah Husnan dan Anisah , Dengkil...
Ramai yang datang dan pergi, tapi hanya kawan sejati meninggalkan kesan di hati,
kawan adalah penyayang, menarik, mengujakan, prihatin, boleh dipercayai, kadangkala menjengkelkan, biologi awak berapa? , hampir gagal, gagal. bukan awak dapat 9A dalam PMR , dalam naik turun hidup , kita kembali kepada kawan, kerana kawan yang jujur , harta yang tidak ternilai , menceriakan kita , tatkala sedih ataupun tertekan, mencabar kita melakukan yang terbaik,
Ikatan persahabatan , lebih kukuh dari besi , keperluan dalam hidup , sahabat, kau dan aku, sahabat, kamu amat penting dalam hidupku, seperti permata yang bersinar dalam kegelapan , seperti bintang yang penuh dengan harapan , bagai berlian yang dilingkari cahaya gemerlapan , sahabatku, kita seperti dua jiwa  satu hati,  jika kita melayan kawan dengan sepatutnya , mereka akan menyokong kita, jika kita melayan kawan dengan sepatutnya, kita boleh mengharapkan mereka ,ingat daku dalam doamu, kini dan selamanya, aku sayang kamu sahabatku, sayang kamu juga.

FORMAT PMR B. ARAB 2010

ALHAMDULILLAH ... berita yang terbaru saya terima dari sahabat JU , format PMR b. arab bagi tahun  2010 ini besar kemungkinan akan diteruskan dalam bentuk format lama  kerana format baru tidak diluluskan untuk tahun ini , tapi insyaallah format baru akan dimulakan sepenuhnya tahun hadapan. 
Apapun kemungkinannya sama-samalah kita persiapkan anak2 murid  dengan bekalan mufradat yang banyak supaya tidak termenung sewaktu peperiksaan 

اللغة العربية لغة القرآن

Bushairi dalam kenangan

Moga Allah cucuri rahmat dan tergolong dalam orang-orang yg beriman aminn......
my classmate
SMKA SLIM RIVER 5 IBNU SINA 1996
Allahyarham Bushairi b. Hj. Mahfuz
(1979 -3/4/2010)