Penggunaan Buku Teks

Apa Yang Perlu Dilakukan?
1. Buku teks mestilah dianggap sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran, sumber akses kendiri, terbuka untuk diperkayakan dan dikritik malah terbuka untuk pembaharuan maklumat.
2. Penggunaan buku teks mestilah dirancang dan sekiranya perlu disusun semula berdasarkan logika dan suasana semasa.
3. Penggunaan buku teks mestilah merangkumi keseluruhan buku, bukan bab-bab tertentu sahaja.

Penggunaan Buku Teks dan Sumber Pengajaran Yang Lain
1. Aktiviti pembelajaran di rumah.
2. Aktiviti kokurikulum.
3. Aktiviti penulisan.
4. Penggunaan persekitaran tempatan.
5. Penggunaan peristiwa semasa.

Penggunaan Petikan di dalam Buku Teks
1. Membaca petikan atau beberapa petikan.
2. Mencipta soalan daripada setiap ayat.
3. Mengeluarkan kata nama.
4. Mengeluarkan kata kerja.
5. Mengeluarkan preposisi.
6. Menjamakkan kata singular dan sebaliknya.
7. Menukarkan kata kerja lampau kepada kata kerja kini.
8. Menukarkan kata kerja kepada dua atau jamak.
9. Menukarkan kata kerja maskulin kepada feminin.
10. Menukarkan ganti nama pertama, kedua, ketiga.
11. Menentukan perkataan yang diketahui makna.
12. Menentukan perkataan yang sering berulang.
13. Menentukan perkataan yang pertama kali dijumpai.
14. Menentukan bentuk ayat V-S-O, S-V-O.
15. Meringkaskan setiap ayat kepada bentuk V-S-O sahaja.
16. Meringkaskan setiap perenggan kepada say ayat sahaja.
17. Meletakkan tajuk baru kepada petikan.
18. Menentukan fakta yang terdapat di dalam petikan.
19. Menentukan sikap baik dan sikap buruk yang terdapat di dalam petikan.
20. Menghubungkan petikan dengan tajuk lain.
21. Menghubungkan petikan dengan subjek lain.
22. Menentukan perkataan yang perlu diberi maksud seerti dan maksud berlawan.
23. Meminta murid memberikan kritikan kepada petikan dengan melihat dari segi fakta dan konsep menurut kefahaman murid.
24. Menukarkan petikan kepada bentuk iklan, carta, lukisan, gambar dan kemudian menggunakan bahan baru ini untuk mengungkapkan ayat.

Penggunaan Gambar di dalam Buku Teks
Gambar di dalam buku teks bukan sekadar menjadi hiasan, tetapi perlu dijadikan aktiviti pembelajaran. Aktiviti tersebut boleh dilakukan dengan cara berikut:
1. Menggunting semua gambar di dalam buku teks dan menyusun semula gambar.
2. Membuat ayat daripada gambar.
3. Guru membetulkan ayat murid dan memberi ganjaran kepada semua murid sama ada berjaya atau tidak berjaya membuat ayat.
4. Memberi tajuk lain kepada gambar.
5. Menentukan sifat gambar.
6. Bertanya soalan atau beberapa soalan berkaitan gambar.
7. Menggunakan gambar sebagai sumber penulisan karangan.

Pengunaan Carta di dalam Buku Teks
1. Menuliskan tajuk carta.
2. Menukarkan carta kepada bentuk ayat.
3. Bersoal-jawab tentang carta.
4. Menentukan fakta yang terdapat di dalam carta.
5. Membandingkan maklumat tempatan dengan carta.

Penggunaan Soalan di dalam Buku Teks
1. Menjawab soalan secara lisan.
2. Menjawab soalan secara tulisan.
3. Menyusun semula soalan berdasarkan aras kesukaran.
4. Menentukan soalan yang memerlukan jawapan langsung.
5. Menentukan soalan yang tidak memerlukan jawapan tidak langsung.
6. Menentukan soalan yang memerlukan jawapan fakta.
7. Menentukan soalan yang memerlukan jawapan penaakulan.
8. Mengulang semula soalan dalam bentuk lain yang mudah difahami.
9. Mencipta soalan lain daripada setiap ayat petikan.
10. Mencipta soalan daripada gambar.
11. Mencipta soalan daripada carta dan peta.
12. Menentukan yang boleh dihapuskan.
13. Menentukan soalan penting yang perlu ditambah.

Penggunaan Latihan di dalam Buku Teks
1. Menyusun semula latihan berdasarkan jenis soalan (isi tempat kosong, mengeluarkan fakta, perkataan seerti, perkataan berlawan, teka silangkata, latihan betul salah).
2. Menetukan aras kesukaran latihan.
3. Memberikan latihan bersesuaian dengan aras murid.
4. Memperkayakan latihan dengan persekitaran tempatan.
5. Menentukan latihan tambahan sebagai aktiviti pengayaan.
6. Menentukan latihan tambahan sebagai aktiviti pemulihan.
7. Menentukan latihan yang perlu ditambah atau dihapuskan.
8. menentukan latihan yang sama dengan soalan peperiksaan dan soalan yang tidak pernah disoal dalam peperiksaan.
9. Menentukan latihan beberntuk fakta, konsep, prinsip dan kemahiran.
10. Menggunakan latihan sebagai pra pengajaran.

Penggunaan Buku Teks Sebagai Pengajaran Berkumpulan
1. Memberikan tajuk dan meminta murid melakukan forum yang terdiri daripada 4 orang murid membincangkan sesuatu tajuk. Tajuk boleh bersifat kemahiran, isu semasa, tatabahasa, balaghah, kata-kata hikmat.
2. Memberikan tajuk dan meminta murid melakukan wacana dengan setiap murid bercakap tentang tajuk yang dipilih.
3. Meminta murid yang cemerlang menerangkan mengenai sesuatu tajuk atau isu.
4. Membentuk dua kumpulan debat di mana satu kumpulan setuju dengan tajuk di dalam buku teks sementara satu kumpulan lagi membantah.

Kesimpulannya, buku teks bukanlah bahan yang sudah siap dan dihidangkan kepada murid dalam bentuk syarahan, terjemahan dan arahan untuk melengkapkan latihan dari muka surat sekian ke muka surat sekian, tetapi perlu diolah berdasarkan kebolehan, minat, aras dan kecenderungan murid.



Petikan dari 


hasmadi.blogspot.com