ISLAM DAN INSTITUSI KEKELUARGAAN 01


PENDAHULUAN

                Dalam hidup berkeluarga sesuatu keluarga itu dibentuk dengan percantuman antara dua jenis manusia , iaitu lelaki dan perempuan  dan daripada kumpulan keluarga itulah lahirnya masyarakat.
                Maka untuk menjamin keselamtan , kebahagiaan dan ketenteraman hidup sesuatu masyarakat itu, islam telah mengadakan system perkahwinan atau pernikahan.

PENGERTIAN NIKAH

                Nikah menurut bahasa ialah percantuman dan dari segi istilah hukum islam  ialah sutu akad(perjanjian) bagi menyatukan antara lelaki dengan perempuan untuk mengharuskan pergaulan dan menghalalkan persetubuhan mengikut peraturan yang tertentu.
                Nikah adalah salah satu asas kehidupanyang penting dalam masyarakat dan pergaulan seharian, yang mana nikah itu bukan sahaja merupakan jalan untuk mengatur kehidupan antara suami isteri dan keturunan , malah nikah itu juga adalah sebagai satu jalan kearah perkenalan antara seorang  dengan seorang yang lain .
                Pertalian nikah juga merupakan pertalian yang amat teguh dalam  kehidupan manusia, bukan hanya antara suami , isteri dan keturunan malah antara dua keluarga suami isteri tersebut.Oleh yang demikian pergaulan yang bauk dan harmoni antara suami isteri yang dijalin dengan kasih mesra akan berpindah kepada semua keluarga dari kedua belah pihak , dimana mereka itu akan menjadi satu keluarga yangbertolong tolongan menjalankan perkara kebaikan dan menjauhi kejahatan.

TUJUAN NIKAH

Nikah mengandungi beberapa tujuan antaranya:
1.       Menjaga dan memelihara kaum wanita yang bersifat lemah dari penindasan dan kezaliman
2.       Memelihara diri daripada godaan syaitan yang akan menjerumuskan ke dalam penzinaan dan kejahatan yang boleh meneruskan keperibadian dan pekerti manusia yang tinggi .
3.       Menjamin kehidupan dan nafkah perbelanjaan kaum wanita yang memang sifat fitrahnya bersifat lemah.
4.       Menyusun dan mengatur rumahtangga di atas dasar kasihan belas dan kasih saying yang terjalin erat di antara lelaki dan perempuan.
5.       Melahirkan anak yang akan mengekalkan keturunan dengan jalan yang yang sah dan diiktiraf oleh masyarakat umum.

6.       Menjalinsuatu ikatan yang teguh dan kuat bagi merapatkan perhubungan kekeluargaan antara keluarga lelaki dan perempuan.