PENDAHULUAN
Dalam hidup berkeluarga sesuatu
keluarga itu dibentuk dengan percantuman antara dua jenis manusia , iaitu
lelaki dan perempuan dan daripada
kumpulan keluarga itulah lahirnya masyarakat.
Maka untuk menjamin keselamtan ,
kebahagiaan dan ketenteraman hidup sesuatu masyarakat itu, islam telah
mengadakan system perkahwinan atau pernikahan.
PENGERTIAN
NIKAH
Nikah menurut bahasa ialah
percantuman dan dari segi istilah hukum islam ialah sutu akad(perjanjian) bagi menyatukan
antara lelaki dengan perempuan untuk mengharuskan pergaulan dan menghalalkan
persetubuhan mengikut peraturan yang tertentu.
Nikah adalah salah satu asas
kehidupanyang penting dalam masyarakat dan pergaulan seharian, yang mana nikah
itu bukan sahaja merupakan jalan untuk mengatur kehidupan antara suami isteri
dan keturunan , malah nikah itu juga adalah sebagai satu jalan kearah perkenalan
antara seorang dengan seorang yang lain .
Pertalian nikah juga merupakan
pertalian yang amat teguh dalam
kehidupan manusia, bukan hanya antara suami , isteri dan keturunan malah
antara dua keluarga suami isteri tersebut.Oleh yang demikian pergaulan yang
bauk dan harmoni antara suami isteri yang dijalin dengan kasih mesra akan
berpindah kepada semua keluarga dari kedua belah pihak , dimana mereka itu akan
menjadi satu keluarga yangbertolong tolongan menjalankan perkara kebaikan dan
menjauhi kejahatan.
TUJUAN
NIKAH
Nikah
mengandungi beberapa tujuan antaranya:
1. Menjaga dan
memelihara kaum wanita yang bersifat lemah dari penindasan dan kezaliman
2. Memelihara diri
daripada godaan syaitan yang akan menjerumuskan ke dalam penzinaan dan
kejahatan yang boleh meneruskan keperibadian dan pekerti manusia yang tinggi .
3. Menjamin kehidupan
dan nafkah perbelanjaan kaum wanita yang memang sifat fitrahnya bersifat lemah.
4. Menyusun dan
mengatur rumahtangga di atas dasar kasihan belas dan kasih saying yang terjalin
erat di antara lelaki dan perempuan.
5. Melahirkan anak
yang akan mengekalkan keturunan dengan jalan yang yang sah dan diiktiraf oleh
masyarakat umum.
6. Menjalinsuatu ikatan
yang teguh dan kuat bagi merapatkan perhubungan kekeluargaan antara keluarga
lelaki dan perempuan.
No comments:
Post a Comment