ujian topikal 1

Memulakan tugas sebagai SUP dalaman dalam keadaan kelam- kabut dek kerana tak biasa , dah setahun dua baru ok, inilah pengalaman pertama dalam bidang peperiksaan walaupun mula2 posting dulu pernah jadi su spm  tapi pengalamannya sementara sahaja ketika d SMKA Muhammad Ali , Ranau. Tetapi bila diingatkan balik ketika berada di SMK Chenderiang penat rasanya kerana menerima pelbagai tugasan baru yang tak pernah disandang sehinggakan pitam beberapa kali, buat pemeriksaan diklinik katanya tekanan darah naik ( risau juga kena darah tinggi) lepas  2 -3 kali pemeriksaan doktor kata ok, mungkin sebab tekanan kerja, ditambah pula dengan berulang-alik jauh kerumah 100km memanglah pengalaman yang tak dapat dilupakan. apa yang penting sekarang sebagai guru kenalah pandai2 membahagikan masa dan kerja , bak kata seorang abang (saya jumpa ketika makan di mee kari 'pokok manggis' bidor on d way mesyuart sehari di smk batu 10 Lekir) " kita kerja apapun kenalah pandai 'bersilat' org tumbuk kita elak  tapi kalau dah ramai sangat menumbuk 'cabutlah' .kita tunggu apa lagi ...:)

Bengkel Penilaian e-bahan(papan cerita)

Sedang mengikuti Bengkel penilaian papan cerita(e-bahan) pendidikan syariah islamiah tingkatan 5 di Hotel Presscott , Klang 2-5 Mac 2010. siang malam pagi petang mengadap -pening-pening. sampai sekarang e-bahan PSI ting 4 belum lagi diupload. insyaallah akan datang... bagi subjek2 lain telahpun diupload contoh PI tingkatan 1,2,4,dan 5, tasawwur ting. 4 ... sila ke link sebelah BTP(LMS) untuk rujukan. TQ

'Format' terbaru Bahasa Arab PMR

Berita terbaru , ni ada bahan terbaru dapat 'sanad' insyaallah sohih dari sahabat kalau tak silap bulan april akan keluar format pentaksiran sebenar, yang ini ialah bentuk /format yang akan dibuat.. Harap-harap buatlah persediaan yang sepatutnya dengan format yang mungkin bakal menemui kita. download (format word 2007)